Posts

Showing posts from June, 2010

Saya nervous.

Code mixing dalam tajuk di atas.  Campuran bahasa dalam pertuturan. Tapi dalam penulisan boleh dikategorikan sebagai code mixing gak ke ye? Let us treat our curiosity. Hoho. Apa la yang saya nak sampaikan ni? Saya gementar la semester ni. Setiap kali masuk semester baru pun saya gementar.  Setiap kali masuk semester baru pun ada azam baru. Sejauh mana azam mampu tercapai, sama2 kita tengok nanti. I'm the new class monitor assistant.  Ni yang unik kat maktab ni. Kat u ada ke penolong ketua kelas? hehe Minggu ni mahu pulang ke Taiping. Sebab Aini baik hati meminjamkan penimbangnya. Nak timbang Kak Na n kawan-kawan yang berminat. Semoga ada rezeki yang tak disangka-sangka. Saya sangat nervous. Saya dah turun 7kg dalam 2 bulan ni. (^_^) Let see lagi 3 bulan apa hasilnya.

Saya nak kahwin.

Image
Ye saya nak kahwin. Dengan sukacitanya, saya menjemput kawan-kawan semua ke majlis saya nanti. Jangan lupa datang ye. Datang tu jangan pulak tangan kosong. Bawaklah hadiah yang bermakna seperti sebuah mesin basuh, peti ais, tv plasma dan lain-lain yang dirasakan bermakna. Haha.  Tamak haloba punya permintaan. Sila lah datang. 3 TAHUN LAGI. InsyaALLAH. Hehe.. ni semua salah my mum. Setiap kali dia buat gubahan hantaran untuk tempahan, soalan wajib, "Kau bila nak kahwin? Mak dah tak sabar nak buat kenduri." Soalan yang membuatkan aku rasa macam dah tua sangat. Macam dah umur 40 tahun tapi tak kahwin2 lagi.. Mintak dijauhkan.  Saya nak kahwin cepat ye. Sila ambil perhatian. Tak nak la nanti dah tak larat, penyakit pun dah banyak tapi anak tak habis sekolah lagi.  Hoi! Jauh sangat dah melalut tu. Berbalik semula. My mum dah survey kedai pengantin yang dia berkenan. Nanti tempah kat sana je. Itu pun kalau time tu kedai pengantin tu elok tegak berdiri lagi. Tema unt...

Wat hal lagi...haih.

Teruk betul aku semalam. Entah apa yang aku nak, aku pun tak tahu. Yang aku taw, aku sakit hati so aku cuba menyakitkan hati dia tapi makin bertambah pulak sakit hati aku. Adoi... Suka sangat ke ada masalah? TAK. Dah tu, apesal cari masalah? TAK TAHU. Macam biasa la, dah wat baru sedar. Apalah yang aku buat semalam. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam budak-budak lagi. Tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. So, bila orang wat benda tak macam yang aku nak, mengamuklah. Macam baby, nangis tapi dia tak tahu kenapa dia nangis. Dia tak selesa. Aku? Marah. Tapi tak tahu kenapa aku marah. Bila ditanya apa yang aku nak? Aku tak taw. Aku takde jawapan sebab aku pun tak tahu kenapa aku rasa nak marah. Sorry for everything.

Kita nak, dia taknak. Kita tak nak, dia terhegeh-hegeh nak.

Image
Pelik tol ngan satu golongan ni. Time orang ngah sayang tak nak hargai. Mesti masa tu dia rasa dialah yang paling bagus. Rebutan ramai. Bila sume dah tinggal kenangan dan satu pihak lagi dah move on, tetiba plak merayu: "Maafkan saya." "Tak boleh ke bagi peluang kedua?" Maaf ye, satu pihak lagi tu dah move on. Pihak tu dah tak nak ada kaitan apa-apa ngan kau. Ape kau ingat satu pihak lagi tu kain buruk? 
Image
Post kali ni dimulakan dengan menayang gambar. Haha.    Baru pandai goreng mee pun dah kecoh. Biarlah. Blog saya.  Mr. Future Husband, saya boleh goreng mee.. Hari-hari kita makan mee ajelah ye. (Saya masak lauk yang sya reti je.) Semalam satu family pergi makan kenduri di Selama. Excited sebab baju yang diidam-idamkan selama ini dah siap dijahit. Itu pun kena pergi jahit tepi sendiri, sembat sendiri. Mak jahit. Kalau tak, tak payah berangan nak pakai. Apa-apa pun, baju kurung saya, upah jahit FREE selagi saya belum bekerja. Kamu punya baju kurung? Hehe...  Dah siap semua baru perasan saya tak ada sandal cantik nak pakai pergi kenduri. Takkan nak pakai selipar jamban kot? Baju dah cantik dah. Tu la perempuan. Ok what, saya takde la nak pakai barang kemas berurat-urat baru nak gi kenduri. Ada urat je kat tangan. Apa yang aku merepek ni?  Kasut yang berjaya dibeli dalam perjalanan ke Selama. Sempat lagi. Warga Taiping, diam-diam sudah... Kenduri kat Selama ...

FRANCE BAKAL PULANG AWAL? (Mr. Someone's)

Pagi tadi sebaik aku bangun aku trus refresh livesore dalam laptop untuk melihat keputusan perlawanan antara Mexico dan juara 1998 France (umah xde astro nak buat camne) . Tengok2 2-0 france kalah, terus bukak TV1 untuk melihat siaran tertuda. Actually aku tidak terkejut dengan keputusan tersebut kerana sejak final world cup 2006 France mmg bukan France. Sesiapa yg mengikuti perkembangan France tahula apa yg aku katakan ni.   Team France rata-rata dibarisi player2 tua dan malas berbeza seperti World Cup 1998 yang di mana ia terdiri dari pemain-pemain muda dan berbakat. Antara sebab kekalahan France pagi tadi sebab defence tengah yg lemah, midfield yg kurang idea dan penyerang yg hancuss. Pedih kan.. tapi tu la hakikatnya. France bakal pulang awal. Demmenceh akan letak jawatan.   Berikut antara ulasan aku mengenai perlawanan tadi     FRANCE     Defence- dibarisi pemain tua bertaraf bintang seperti Abidal, Evra, Sagna dan Gallas sepatutnya tiada masalah membe...
Image
Bangun pagi-pagi, niat nak disiplin. Adoyai... duduk rumah memang tak boleh disiplin. Susah. Tak sabar nak balik maktab. Menu hari ni: Lunch hari ni. I cooked tom yam. Senang. Main campak-campak je tapi hari ni kuah tomyam best than before. Protein from diced chicken, sayur berlambak-lambak. Hoho... Close up. Jemput tengok. Nampak sangat dah takde modal nak blogging kan. Haha..  Tak tahulah apa nak jadi ngan my eating habbit. Risau..risau.. Nak KURUS!!!

Apa tindakan yang sepatutnya? Dilema betul.

Image
Adik saya baru saja download satu gambar dari internet. Gambar ini merupakan satu nota. Sama-samalah kita pertimbangkan. Kucing makan kertas? Alamak.. ni kes besar ni. Dapatkah saya maafkan kesalahan kucing jiran kepada jiran anak murid ini nanti? (jiran kepada jiran? Bukan jiran budak ni jugak ke?) Analisis nota yang ditulis (macam analisis komponen sastera la pulak): 1. Cikgu budak ni garang sangat kot. Sebelum kena marah, baik dia buat pengakuan ikhlas. 2. Dalam psikologi pendidikan, hal ni boleh dipanggil helah bela diri. Budak tu meletakkan kesalahannya pada benda lain asalkan dia tak kena marah. Dalam hal ni dia berharap cikgu tu marah kucing dan bukan dia. 3. Kreatif gak budak ni mereka cerita. 4. Mungkin betul kucing tu makan latihan dia? Kebulur kot kucing tu. Pendapat anda?

Pantang betul la.

Pantang? Perkara yang perlu dilalui wanita selepas bersalin. Tapi pantang pada tajuk di atas tak ada kena mengena dengan pantang selepas bersalin tu. Walaupun belum bersalin setiap orang mesti ada pantang. Ada orang pantang bila sampai bab masa. Lewat-lewat ni tak main la. Boleh bertukar jadi singa kalau ada orang yang terlewat. Ada orang pantang nampak makanan. Itu saya. Haha.. Sebenarnya nak cakap, saya pantang betul kalau call then kena reject. Adoyai! Tambah-tambah bila kol orang yang pakai celcom taw. Masuk je voicemail kena charge. Tension betul. Setahu saya, semua telefon ada button untuk control volume masa orang kol kan? Tak pun tekan jela butang apa pun asalkan jangan sampai reject kol orang sana. Kalau pakai maxis takpe la. Tak kena charge bila ada operator perempuan bercakap tiba-tiba. Selalunya orang akan agak-agak berapa lama nada dail tu akan berbunyi sebelum masuk voicemail box.  Cukuplah meluah perasaan. Saya boikot orang yang reject kol tu wat sementara waktu. H...

Back to the right track!

Jumaat lepas saya balik kampung. Aktiviti wajib sejak kecik sampai la dah besar gedabak ni. Dulu-dulu masa duduk kat KL (bukan Kandang Lembu), time cuti sekolah je, saya akan suruh mak dan abah pos saya balik ke kampung. Sepupu ramai. Memang best la. Depan rumah kat kampung pulak ada parit. Tiap-tiap pagi bangun je tido terus terjun parit. Pendek kata memang jimatla duit air tok wan saya. Haha..Sambil mandi boleh lagi menangguk udang untuk main masak-masak tengahari nanti. Memang time kecik-kecik duduk kampung jadual saya penuh. Main masak-masak versi dulu yang real punya. Kutip pucuk paku then masak dalam tin, goreng udang atas api (dalam tin jugak. Anyway, ada ke orang menggoreng atas ais? Ayat ini berunsur lewah ye). Saya ada seorang sepupu lelaki yang muda 4 bulan dari saya. Dia tukang nyalakan api untuk saya dan kakak sepupu masak. Abang sepupu pulak jadi tukang kacau. Sangat annoying la dia time tu. Sekarang pun annoying lagi. Time kami nak makan, ada ke patut dia cakap dia leta...

Cerita tentang makanan. Err...my lunch actually.

Image
Sengaja menayang makanan untuk sajian mata kawan2. Haha.. Jemput makan. Ini air tangan semalam. Yang diwar-warkan dalam belog ni. Macam mana? Golden sangat kan? Tapi rasa ok. Sedap. Sampai kena goreng 2 round. Angah konon-konon tak nak sebab tak suka cendawan pun makan sampai habis sepiring sebab rasa dia macam ayam goreng (sebab tepung kot). Stok feveret saya dah nak abis. Botol yang second last dah pun selamat masuk tong sampah. Adoyai...kena tempah lagi ni. Ikan cencaru sumbat yang dibakar. Sengaja tak mahu goreng. Kurangkan minyak sebab semalam dah maka cendawan goreng. Yang ni tayang la kat Mr. Someone, mesti tak layan punya. Dia dah jemu makan masa duduk asrama. Saya tak duduk asrama masa sekolah dulu so, antara feveret gak ni.   Tadaa...my lunch. Ada 2 jenis sambal. Sambal telur untuk angah sebab dia ada pergaduhan sama cik udang jadi dia telah bertekad takkan makan udang dah. Haha.  Sambal udang feveret adik. Dalam mangkuk putih tu budu terakhir dalam botol d...

Hari Cendawan

Image
Selepas sebulan program diet, hari ini baru pertama kali saya berpuasa. Pukul 5 dah bangun nak sahur sebab diet routine untuk sahur memerlukan saya minum 1 liter air. Kembung perut! Tidur sekejap dah kena bangun ke tandas. Eloklah kena pada waktu subuh. Kesian pulak tengok dua orang budak ni (padahal umur dah tak budak sangat). Adik dah bising suruh masak. Tekak pula teringin nak makan cendawan celup tepung. Kat Penang,  saya suka makan cendawan goreng tepung. Mr Someone pun selalu gak bawa makan sup cendawan sebab dia suka. Cepat je saya bersiap then drive ke Tesco. Saya pergi sorang2. Hihi.. Kawan-kawan, betul la..best gak jalan sorang2. Selain tu, saya kena exercise kan. Jalan-jalan gi shopping pun exercise kan? Saya takde basikal nak kayuh jauh-jauh (saja tuju kat Mr. Someone). Saya grabbed sekotak tepung serbaguna, telur 30 biji (telur makanan ruji angah), cendawan tiram, sosej (ambil hati adik. Malas betul nak masak mee sanggul yang dia mintak) dan sardin. Lunch tadi dua or...

Tag dari Cik Amal.

Saya telah ditag oleh cik Amal. Sukacita dimaklumkan bahawa saya telahpun membuat tag yang serupa hehe.. (suka sebab xpayah buat keje). Sila rujuk tag ini . Sudah jawab bukan.Di bawah ini pula tambahan soalan dan jawapan. 16. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda She is one of my bestfriends. Beliau suka telur. (fakta terbaru bila nengok gambar telur purple in her profile pic dlm fb) Cik Amal seorang yang sangat bersopan santun. Susah nak dengar dia cakap kasar. She is single and available. Baik isi borang cepat-cepat sebelum terlambat. Ada 2 orang adik lelaki. Saya pernah tido kat rumah dia sebab nak masak puding buah mangga untuk jualan hari kantin sekolah. Makluman: Puding yang kami buat sangat tawar tapi masih habis dijual. Hebatkan? 17. perasaan anda semasa membuat tag ini? - Rasa sangat sayang kepada org yang meng'tag' saya iaitu Cik Amal. 18. adakah anda tahu si Razman tu sengal? - Iya ke? Saya kena kenal pasti siapa i...

Hari memandu sampai penat. (^_^)

Macam la penat sangat. Actually sangat suka driving. Tapi tak suka side parking. Hoho. Encik Someone tak ajar lagi side parking. Dulu masa blaja kat sekolah memasak memandu, dia ajar (bukan sekolah yang ajar. Cikgu di sekolah tu yang ajar) guna kiraan tiang. Sorry tak dapat nak share. Mana nak ingat oi.. Lagipun masa belajar lain. Bila atas jalan sebenar lain pulak yang jadi.   Sebenarnya nak cerita semalam sempat melawat sahabat baik saya, Suhaila. Soalan yang tak boleh saya lupa: Dia: "Berapa lama ambil masa nak ok ye?" (Her father passed away few days before) Saya: "Depends orang gak. Setakat 2,3 bulan impossible leh ok." I should say, it takes forever or the whole life to forget someone we love. Balik berziarah, tiba-tiba mak ajak balik kampung sekejap. Sekejap ye. Drive ambil masa almost an hour from Taiping. Dalam pukul 7.30 sampai kampung. Hehe...Part yang best. Abah wan @ My atok: Ni sapa ni? Awat kecik dah ni.  Aku: *senyum* Mak su: Along kurus la. Aku...

Rambut kamu macam mana ye?

Pelik betul dengan salah seorang kawan lelaki saya yang agak 'bersemangat' nak tahu apa yang ada di sebalik tudung yang perempuan pakai. Kalau tak bersemangat tak adalah soalan seperti di atas kan? Boleh pulak main teka-teka. "Rambut kau lurus, pendek." "Rambut dia kerinting macam afro kan?" "Mesti rambut si A tu ikal dan panjang." Jawapan yang selalu saya bagi: "Kitorang botak sebab tu pakai tudung." Just nak pesan pada diri sendiri dan kawan-kawan perempuan yang lain. Kita tak boleh describe tubuh badan kawan perempuan kita yang lain pada kaum lelaki (including mahram dan suami). Of course la kawan perempuan yang Islam kan. Terutamanya kawan perempuan yang menjaga aurat. Tanggungjawab kita memelihara maruah saudara perempuan kita. Rambut tu salah satu contoh la. Ada gak budak lelaki yang sengal suka tanya-tanya bab ni. Jangan dilayan la hamba-hamba Allah yang macam ni.

Rancangan Realiti (Reality Show)

Image
Semasa saya belajar di matrik dulu, saya pernah terbaca satu artikel or blog tentang rancangan realiti tv bercirikan Islam yang patut diadakan. Mungkin disebabkan pada masa itu terjadi semcam satu 'kegilaan' masyarakat terhadap program realiti tv. Tapi masa tu memang kurang la program realiti tv bercirikan Islam ni. Banyaknya bercirikan hiburan. Puas menggeledah fail-fail dalam laptop kesayangan ni sebab nak cari artikel tu tapi tak jumpa. Mungkin saya dah delete semasa kemas-kemas fail. Alhamdulillah sekarang kita dapat tengok program realiti tv yang bermanfaat ni semakin bertambah. Selain Program Akademi Al-Quran, program realiti tv terbaru yang saya rasakan menarik ialah: Credit to google. Selepas matrik, saya mengalami sindrom tak suka menonton tv. So, buat masa ni saya baru je sempat tengok 'sambil-sambil' je program tv ni. Apa-apa pun, usaha pihak Astro Oasis patut dipuji. Ramai remaja yang menyertai progam nyanyian, lakonan dan tarian bagi mendapatkan ilmu be...

Sharing is caring

Salah satu daripada video aktivis atau sukarelawan yang ditawan oleh Israel. Bak kata salah seorang aktivis dalam satu rancangan tv yang saya tonton, apa yang mereka ceritakan janganlah sekadar menjadi satu cerita penglipur lara. Hayati dan fikirkan. Musim world cup dah semakin dekat. Adakah nanti kita akan terus peka dengan isu ini ataupun tidak?

Belasungkawa

Salam Takziah buat sahabat baik saya, Nor Suhaila Norrdin atas pemergian abah tercinta. Semoga dirimu tabah menerima dugaan ini. Setiap yang hidup pasti pergi. Kita akan menyusul kemudian. Semoga kita dapat berhimpun semula di akhirat nanti. Al Fatihah buat abah Suhaila (Haji Norddin) dan abah tersayang (Abd Halim). Semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh.

Apabila sesuatu ditakdirkan, akan terjadi juga.

Semalam suddenly dapat mesej dari Amal memberitahu abah Suhaila masuk wad. If ayah kawan baik korang masuk hospital ada ke korang nak buat bodoh je? Mesti la korang nak tahu betul ke x kan? Entah-entah tersilap orang ke. Mestilah nak kepastian. Baru je semalam saya dan Miza berjumpa abah Suhaila, suddenly the day after, abah Suhaila koma. Seriously saya risau sebab saya pernah alami situasi seperti ni 3 tahun lepas so bila jadi pada bestfriend sendiri saya jadi tak senang duduk. Apa yang boleh buat? Doa saja yang saya mampu. Alhamdulillah petang tadi sempat pergi melawat. Pak cik still tak sedar. Jantung sangat lemah. Doktor kata harapan tipis tapi doktor bukan Tuhan. Apa yang dikatakan tu hanyalah jangkaan. Nyawa manusia kan dalam genggaman Allah. Semoga semuanya selamat. Saya tak berani mesej Suhaila lagi after dapat mesej daripada cik abg dia melalui facebook.  "Buat kawan-kawan Su, jangan mesej su tanya macam-macam lagi. Biar dia tenang dulu nanti barulah tanya." Er.. h...

Cuti sekolah = Reunion?

Image
Eventhough saya tak cuti lagi, tapi saya telah men'cuti'kan diri sendiri. HAHA. Suhaila pun men'cuti'kan diri. Ops... Biasa la setiap kali cuti mesti nak jumpa kawan-kawan lama. So, semalam berjaya juga jumpa dengan Cik Miza , Cik Amal , Cik Zahira , Cik Farhana dan Cik Suhaila (promote ni, Nampak tak title semua Cik lagi.) Fakta terpenting kejadian: - Cik Amal datang paling awal. - Cik Zahira dan Cik Farhana paling lambat. Patutnya saya suruh diorang belanja makan. HAHA - Makan saya disupport oleh Suhaila. Barang saya beli disupport oleh Farhana. Oh..bahagianya hidup. - Amal, Farhana dan Zahira balik awal. Ala.sedih...Nanti jumpa lagi ye. - Suhaila bawak lepak kat kedai abah dia. Hehe. - Gi solat zohor kat Masjid Kampung Jambu. Saya tersilap kereta. Hehe.. Kenapa la kereta kancil itu parking di sebelah kereta kancil Su. Dah la warna sama. Bukan salah saya tersilap kereta. Nasib baik tak berbunyi kereta tu. (helah bela diri. Padahal malu gila. Huhu) - Sori buatkan...

Cerita banyak tajuk.

1. Diri saya (ada macam tajuk karangan sekolah rendah tak??) - Adoi, susah nak disiplin kat rumah. Misi 3 liter water per day tak berjaya. Tak boleh jadi. Usaha lagi esok.  - Esok reunion kecil-kecilan bersama-sama Treacherian. Ramai tak dapat join sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Tak sabar nak jumpa semua... - Saya rasa syg pada future sister-in-law saya. Semoga bertemu satu hari nanti. - Someone is trying her best to be a good daughter and a good sister. Semoga semua dikira ibadat.  - My little future brother-in-law dah semakin pandai. Makin besar. Tak lama lagi mesti dah tak dapat cakap ngan dia sampai la 'satu hari nanti'. 2. Berita semasa - Tentang serangan Israel terhadap Misi Kemanusiaan Gaza. Setakat ni, ada beberapa orang telah dilepaskan. Menurut berita yang saya ikuti, pihak Israel takkan lepaskan semua tahanan. Diorang ni nak jugak dakwa sukarelawan2 yang ditahan atas tuduhan menyerang tentera Israel. Persoalannya: 1. Siapa yang akan dituduh? Semasa seran...

Thanks Cik Fatin

Image
 Thanks Cik Fatin untuk award ini. Ada beberapa pesanan dari pemberi award - 1)Copy award ini di blog anda Sudah! 2)wat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan anda. Terima kasih untuk award yg sgt comel. Perasaan sy tersangatlah terharu. 3)jawab soalan2 tag nie ; 1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang reunion esok dengan kawan-kawan sekolah menengah. 2. Apakah nama samaran korang - wirdati, puteriazni 3. Berikan 3 orang yang anda sayang - family - Mr. Someone - kawan-kawan   4. Panggilan untuk si dia - abg 5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa - cincin emas dan rombongan meminang 6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak - banyak sangat... bloglist yang saya follow sume best. Boleh berjam-jam tersangkut. 7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda - saya tag sesape yg ada blog n yang baca post ni. Yang xde blog, pegi buat blog sen...