Pantang betul la.

Pantang? Perkara yang perlu dilalui wanita selepas bersalin. Tapi pantang pada tajuk di atas tak ada kena mengena dengan pantang selepas bersalin tu. Walaupun belum bersalin setiap orang mesti ada pantang. Ada orang pantang bila sampai bab masa. Lewat-lewat ni tak main la. Boleh bertukar jadi singa kalau ada orang yang terlewat. Ada orang pantang nampak makanan. Itu saya. Haha..

Sebenarnya nak cakap, saya pantang betul kalau call then kena reject. Adoyai! Tambah-tambah bila kol orang yang pakai celcom taw. Masuk je voicemail kena charge. Tension betul. Setahu saya, semua telefon ada button untuk control volume masa orang kol kan? Tak pun tekan jela butang apa pun asalkan jangan sampai reject kol orang sana. Kalau pakai maxis takpe la. Tak kena charge bila ada operator perempuan bercakap tiba-tiba. Selalunya orang akan agak-agak berapa lama nada dail tu akan berbunyi sebelum masuk voicemail box. 

Cukuplah meluah perasaan. Saya boikot orang yang reject kol tu wat sementara waktu. Huh! 

Esok saya bercadang nak puasa. Nak masak apa ye berbuka nanti.. haha.

Comments

Misz ZeEE_Z0nE said…
hahaha... bab mkn laju je terpikir ea wirdati... ko mkn sup sayur dh la.. letak sikit bebola aym or ikan or dgg ke.. x pown mkn bihun sup ke.. ke bubur ke.. pe lg ea yg boleh?? air tu air buah la... baru besh... hikhik

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas