Apabila sesuatu ditakdirkan, akan terjadi juga.

Semalam suddenly dapat mesej dari Amal memberitahu abah Suhaila masuk wad. If ayah kawan baik korang masuk hospital ada ke korang nak buat bodoh je? Mesti la korang nak tahu betul ke x kan? Entah-entah tersilap orang ke. Mestilah nak kepastian.

Baru je semalam saya dan Miza berjumpa abah Suhaila, suddenly the day after, abah Suhaila koma. Seriously saya risau sebab saya pernah alami situasi seperti ni 3 tahun lepas so bila jadi pada bestfriend sendiri saya jadi tak senang duduk. Apa yang boleh buat? Doa saja yang saya mampu.

Alhamdulillah petang tadi sempat pergi melawat. Pak cik still tak sedar. Jantung sangat lemah. Doktor kata harapan tipis tapi doktor bukan Tuhan. Apa yang dikatakan tu hanyalah jangkaan. Nyawa manusia kan dalam genggaman Allah. Semoga semuanya selamat. Saya tak berani mesej Suhaila lagi after dapat mesej daripada cik abg dia melalui facebook. 
"Buat kawan-kawan Su, jangan mesej su tanya macam-macam lagi. Biar dia tenang dulu nanti barulah tanya."
Er.. he is her boyfriend. Of course he knows what she needs. Tak mengapalah. Saya doakan saja yang terbaik buat Suhaila dan family. Semoga tabah menghadapi ujian. 

Kunci bilik asrama saya hilang. Ish... sangat merisaukan. Semoga dijauhkan daripada kesusahan, bencana dan kepayahan. Mudahkanlah... mudahkanlah...

Comments

miza said…
huhuhu..sedey la..cam tak percaya je..baru je jumpe ngan ayah die kan..pape pun, doakan moga cepat sembuh..
wirdati said…
yup... sama2 doakan.
Misz ZeEE_Z0nE said…
wlpn ak x penah jmpe ayh die.. sbgi mmbr and saudara sesame islam.. kita perlu sentisa mendoakan yang terbaik.. insyaAllah...
wirdati said…
betul zahira.. kita kan kawan. Kawan kena sentiasa doakan kesejahteraan kawan-kawan.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas