Cerita tentang makanan. Err...my lunch actually.
Sengaja menayang makanan untuk sajian mata kawan2. Haha.. Jemput makan.
Ini air tangan semalam. Yang diwar-warkan dalam belog ni. Macam mana? Golden sangat kan? Tapi rasa ok. Sedap. Sampai kena goreng 2 round. Angah konon-konon tak nak sebab tak suka cendawan pun makan sampai habis sepiring sebab rasa dia macam ayam goreng (sebab tepung kot).
Stok feveret saya dah nak abis. Botol yang second last dah pun selamat masuk tong sampah. Adoyai...kena tempah lagi ni.
Ikan cencaru sumbat yang dibakar. Sengaja tak mahu goreng. Kurangkan minyak sebab semalam dah maka cendawan goreng. Yang ni tayang la kat Mr. Someone, mesti tak layan punya. Dia dah jemu makan masa duduk asrama. Saya tak duduk asrama masa sekolah dulu so, antara feveret gak ni.
Tadaa...my lunch. Ada 2 jenis sambal. Sambal telur untuk angah sebab dia ada pergaduhan sama cik udang jadi dia telah bertekad takkan makan udang dah. Haha.
Sambal udang feveret adik. Dalam mangkuk putih tu budu terakhir dalam botol di atas.
Wajib habis, my salad dan timun.
Saya akhiri laporan saya dengan aduan:
Stokin-stokin zaman sekarang ni membencikan betul. Suka sangat menimbulkan garisan yang tidak disenangi. Buruk! Nak stokin baru...(^_^)
Comments
ravishing: Thanks
zeera: cian ang weyh..mintak elaun fama la.. (father . Mother)