FRANCE BAKAL PULANG AWAL? (Mr. Someone's)

Pagi tadi sebaik aku bangun aku trus refresh livesore dalam laptop untuk melihat keputusan perlawanan antara Mexico dan juara 1998 France (umah xde astro nak buat camne) . Tengok2 2-0 france kalah, terus bukak TV1 untuk melihat siaran tertuda. Actually aku tidak terkejut dengan keputusan tersebut kerana sejak final world cup 2006 France mmg bukan France. Sesiapa yg mengikuti perkembangan France tahula apa yg aku katakan ni.  Team France rata-rata dibarisi player2 tua dan malas berbeza seperti World Cup 1998 yang di mana ia terdiri dari pemain-pemain muda dan berbakat. Antara sebab kekalahan France pagi tadi sebab defence tengah yg lemah, midfield yg kurang idea dan penyerang yg hancuss. Pedih kan.. tapi tu la hakikatnya. France bakal pulang awal. Demmenceh akan letak jawatan.
 
Berikut antara ulasan aku mengenai perlawanan tadi 
 
FRANCE 
 
Defence- dibarisi pemain tua bertaraf bintang seperti Abidal, Evra, Sagna dan Gallas sepatutnya tiada masalah membendung gerakan lawan. Tetapi  kurangnya persefahaman yang embuatkan mereka mudah dibocori. Sagna di Arsenal lebih banyak menyerang di sebelah sayap tetapi di France kurang menyengat. Abidal pula seperti diketahui bermain sepanjang musim di Barcelona sebagai bek kiri, bukan bek tengah. Berganding peula dengan Gallas yg sudah dimamah usia n gemar naik mnyerang ketika set-piece amat menyukarkan Abidal. Evra pula seperti sedia maklum antara bek kiri paling mantap di dunia, tetapi kelemahannya dia tidak boleh bermain ketika lilitan kapten di lengannya. Ada satu game di mana vra menjadi kapten Man U. permainannya hambar dan sangat berhati2. 
 
Midfield – dibarisi Toulalan, Diaby dan Ribery. Kurangya idea serta semangat berpasukan menyebabkan jentera tengah France tidak sehebat dulu. Dahulunya jentera tengah France amat digeruni pasukan lawan kerana membariskan Viera dan Zidane. Hakikatnya selepas persaraan Zidane, tiada lagi pemain perancang yang boleh diharapka. Tindakan Domenech tidak menyenaraikan Pemain perancang Arsenal, Samir Nasri juga agak mengecewakan aku. 
 
Striker – Molouda, Anelka dan Govou. Hanya Molouda yang boleh diharapkan manakala Anelka dan Govou kurang sengat untuk menerajui serangan Lex Blues ini. Anelka seperti diketahui tidak boleh diletakkan sebagai penyerang utama ekoran posisi sebenarnya sebagai Back-up Striker. Permainannya lebih kepada luar kotak oenalti dan bukannya dalam kotak penalty lawan.  Govou pula adalah simpanan di Lyon dan kurang beraksi dalam League 1 France menyebabkannya di tahap mengecewakan. Aku rasa lebih baik Henry main dari Anelka. 
 
Kesimpulannya France sudah kehilangan bisa sejak ketiadaan Zidane dan juga kapten yang berwibawa. Aku harap Coach lepas ni akan menstruktur semula France agar menjadi sebuah pasukan yang hebat seperti dulu.


p/s = penulis meminati France sejak dulu. Tetatpi lepas Zidane bersara serta Henry diletakkan sebagai pemain simpanan, penulis mula beralih sokongan.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan