Cerita banyak tajuk.

1. Diri saya (ada macam tajuk karangan sekolah rendah tak??)
- Adoi, susah nak disiplin kat rumah. Misi 3 liter water per day tak berjaya. Tak boleh jadi. Usaha lagi esok. 
- Esok reunion kecil-kecilan bersama-sama Treacherian. Ramai tak dapat join sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Tak sabar nak jumpa semua...
- Saya rasa syg pada future sister-in-law saya. Semoga bertemu satu hari nanti.
- Someone is trying her best to be a good daughter and a good sister. Semoga semua dikira ibadat. 
- My little future brother-in-law dah semakin pandai. Makin besar. Tak lama lagi mesti dah tak dapat cakap ngan dia sampai la 'satu hari nanti'.

2. Berita semasa

- Tentang serangan Israel terhadap Misi Kemanusiaan Gaza. Setakat ni, ada beberapa orang telah dilepaskan. Menurut berita yang saya ikuti, pihak Israel takkan lepaskan semua tahanan. Diorang ni nak jugak dakwa sukarelawan2 yang ditahan atas tuduhan menyerang tentera Israel. Persoalannya:

1. Siapa yang akan dituduh? Semasa serangan tak ada bukti yang jelas individu mana yang menyerang askar2 Israel.

2. Individu2 yang telah dilepaskan mendakwa bahawa tidak ada sebarang tindakan ganas oleh sukarelawan terhadap pihak tentera. 

3. Individu2 yang masih belum dilepaskan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan. Maknanya mereka akan menjadi tahanan lebih lama. Tak tahulah macam mana nasib mereka dalam tahanan. 

4. Jika benar ada serangan terhadap pihak tentera, mengapa semua yang terkorban dalam kalangan sukarelawan sendiri? Tiada pihak tentera pun yang terkorban.


Pendapat peribadi:
Orang-orang yang ditahan itu ada keluarga. Niat mereka baik. Nak bantu saudara kita di Palestin tapi sekarang mereka menjadi tahanan. Semoga semuanya selamat. 

Antara sumber berkenaan berita ini. Sila rujuk sumber-sumber lain untuk kepelbagaian sumber.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan