Rancangan Realiti (Reality Show)
Semasa saya belajar di matrik dulu, saya pernah terbaca satu artikel or blog tentang rancangan realiti tv bercirikan Islam yang patut diadakan. Mungkin disebabkan pada masa itu terjadi semcam satu 'kegilaan' masyarakat terhadap program realiti tv. Tapi masa tu memang kurang la program realiti tv bercirikan Islam ni. Banyaknya bercirikan hiburan.
Puas menggeledah fail-fail dalam laptop kesayangan ni sebab nak cari artikel tu tapi tak jumpa. Mungkin saya dah delete semasa kemas-kemas fail. Alhamdulillah sekarang kita dapat tengok program realiti tv yang bermanfaat ni semakin bertambah. Selain Program Akademi Al-Quran, program realiti tv terbaru yang saya rasakan menarik ialah:
Credit to google.
Selepas matrik, saya mengalami sindrom tak suka menonton tv. So, buat masa ni saya baru je sempat tengok 'sambil-sambil' je program tv ni. Apa-apa pun, usaha pihak Astro Oasis patut dipuji. Ramai remaja yang menyertai progam nyanyian, lakonan dan tarian bagi mendapatkan ilmu berkenaan bidang tersebut. Berapa ramai pula remaja yang belajar untuk menjadi seorang imam ataupun lebih tepat, pemimpin. Setiap individu merupakan pemimpin. Kita semua sedar hakikat tu tapi berapa ramai yang benar-benar belajar untuk menjadi seorang pemimpin. Jangan pula beranggapan jika nak jadi pemimpin perlu sertai program realiti tv. Tidak. Pembelajaran itu kan sepanjang hayat. Semoga program ni dapat dimanfaatkan agar kita sedar tanggungjawab kita sebagai seorang pemimpin. Yang baik kita ikut. Yang buruk kita jadikan teladan.
p/s:
Pemenang rancangan ni bakal dapat
- kereta bernilai lebih RM150,000
- pakej menunaikan haji
- wang tunai RM20,000
- komputer riba Apple Macpro
- berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.
- Khidmatnya juga diperlukan bagi memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Not bad... hm.. dgr kata Universiti Al-Madinah tu sangat susah nak dapat peluang belajar di sana. Betul ke?
Comments