Post kali ni dimulakan dengan menayang gambar. Haha.


 
 Baru pandai goreng mee pun dah kecoh. Biarlah. Blog saya. 
Mr. Future Husband, saya boleh goreng mee.. Hari-hari kita makan mee ajelah ye.
(Saya masak lauk yang sya reti je.)

Semalam satu family pergi makan kenduri di Selama. Excited sebab baju yang diidam-idamkan selama ini dah siap dijahit. Itu pun kena pergi jahit tepi sendiri, sembat sendiri. Mak jahit. Kalau tak, tak payah berangan nak pakai. Apa-apa pun, baju kurung saya, upah jahit FREE selagi saya belum bekerja. Kamu punya baju kurung? Hehe... 

Dah siap semua baru perasan saya tak ada sandal cantik nak pakai pergi kenduri. Takkan nak pakai selipar jamban kot? Baju dah cantik dah. Tu la perempuan. Ok what, saya takde la nak pakai barang kemas berurat-urat baru nak gi kenduri. Ada urat je kat tangan. Apa yang aku merepek ni? 

Kasut yang berjaya dibeli dalam perjalanan ke Selama. Sempat lagi. Warga Taiping, diam-diam sudah...

Kenduri kat Selama ni best. Sebab kawasan kampung. Betul2 kampung punya. Makan pun main hidang lagi. No buffet. Makan puas sebab lauk setalam 4 orang. Ok la kan. Tapi maghrib tu saya muntah-muntah lagi. Soheh la..Aku takleh makan daging dah pasni. Angin. Abis muntah semua isi perut.
Baju yang diidam-idamkan...

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas