Back to the right track!


Jumaat lepas saya balik kampung. Aktiviti wajib sejak kecik sampai la dah besar gedabak ni. Dulu-dulu masa duduk kat KL (bukan Kandang Lembu), time cuti sekolah je, saya akan suruh mak dan abah pos saya balik ke kampung. Sepupu ramai. Memang best la. Depan rumah kat kampung pulak ada parit. Tiap-tiap pagi bangun je tido terus terjun parit. Pendek kata memang jimatla duit air tok wan saya. Haha..Sambil mandi boleh lagi menangguk udang untuk main masak-masak tengahari nanti. Memang time kecik-kecik duduk kampung jadual saya penuh. Main masak-masak versi dulu yang real punya. Kutip pucuk paku then masak dalam tin, goreng udang atas api (dalam tin jugak. Anyway, ada ke orang menggoreng atas ais? Ayat ini berunsur lewah ye). Saya ada seorang sepupu lelaki yang muda 4 bulan dari saya. Dia tukang nyalakan api untuk saya dan kakak sepupu masak. Abang sepupu pulak jadi tukang kacau. Sangat annoying la dia time tu. Sekarang pun annoying lagi. Time kami nak makan, ada ke patut dia cakap dia letak tahi kambing dalam masakan kami. Cit!

Sekarang tak ada la pagi-pagi terjun parit. Tok wan dah buatkan bilik air untuk anak dara. Mandi la guna air paip. Tak sempat dah nak main masak-masak sebab kena join kaum ibu memasak di dapur. Apa-apa pun, adik sepupu yang bawah umur tu tetap ada agenda mereka. Main tak ingat nak makan. Macam saya dulu-dulu. Ish, rasa macam dah tua sangat je bila buat entri macam ni.

3 hari duduk kampung memang musnah program diet saya. Hari first boleh tahan lagi. Hari second, boleh pulak saya join dinner.. Alahai.. Memang kalah la malam tu. Mak long goda saya ngan lauk kailan ikan masin. Feveret tu! Boleh pulak mak long buat kuih koci yang sedap itu. Tak tahan dah. Makan jugak. Mr. Someone menunjukkan ayat-ayat risau bila saya makan malam. Lapar betul hari tu sebab saya lunch makan lauk kenduri orang kahwin (tentulah orang yang kahwin. Kalau beruk yang kahwin adakah akan diadakan kenduri? Kalau ada mesti tetamu dijamu pisang). Mak ai... sangat kedekut. Daging kari seketul kecik. Daging kurma seketul kecik, ayam tak tahula dia  potong berapa puluh. Halus je macam burung. Tak puas hati betul. Takpelah, makan free. Orang bagi kan. Tapi memang lauk tak cukup. Saya dapat ayam bahagian tulang. Terkebil-kebil saya tengok mentara dia. Taknak bagi isi ke? Kalau bagi dia makan pun dia rasa tak cukup camtu. Agak-agakla nak jimat pon. Adoyai!

Cukup 3 hari duduk kampung saya pun meminta diri demi menyelamatkan diet. Hoho... Sempatla luang masa ngan family besar kat kampung. I'm so happy my cousin nak join my diet program. Dia akan start tengah bulan 7 nanti. Alhamdulillah.
Sekarang, saya ada di rumah. Apa lagi? Disiplin okay! Masa tak banyak. Buat betul2.
Jumaat ni nak ke Baling. Lalalala.... Shopping. Shopping.

Comments

Misz ZeEE_Z0nE said…
shoping pe wei?? ingt jgn mata tu pnjg bende2 sedap jek.. hehehhee
amalmeor said…
best btul di kg ye...sy pun ska blk kg.tambah musim buah.
wirdati said…
zahira: ni nak beli benda xleh makan. haha
amal: betul2..tapi kg saya takde dusun. ada padi je. haha

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan