2010 yang misteri...

Tahun depan tahun 2010...semua orang pun tahu la..
Tahun depan dah semester 3... tak semua orang tahu...
Saya dah agak pening sekarang. Ada lagi berapa tahun ek???
Tahun 2007 masuk Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang.
Foundation setahun setengah. 2009 buat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan major Matematik..
Ada lagi 3tahun. Ada lagi 6 semester...

Kawan-kawan tanya: Ko lagi bpe tahun stadi?
Saya jawab: 3tahun lagi.
Kawan-kawan: Lama gila. Ko stadi pe?
Saya: Aku buat medic... Caye x???
Kawan-kawan: Peh!! hebat la...
Saya: tak la.. aku wat education... haha..
Kawan-kawan: Hampeh!
Saya: Aku tak suruh pun kau caye... hahacatwoman

Ada kawan dah grad...(Diploma)...Ada kawan ngah praktikal...Ramai kawan dah final year...
Saya...3 more years to go...
Best sebenarnya study ni...you are what you think.
Setiap kali mula semester akan ada azam baru...eh..bukan...
Azam yang diperbaharui...
Tahun depan pun azam yang diperbaharui dalam aspek kehidupan sebagai pelajar..

  1. Nak study rajin-rajin... rasa macam tak cukup rajin je selama ni.. Tak struggle sangat sebab study kat sini relaks kot. Tak macam kat matrik.
  2. Nak dapat pointer terbaik... semoga dapat above 3.5...Lagi baik kalo dapat above 3.7...Amin...
  3. Nak susun nota dengan lebih sistematik. Selama ni dah cuba nak sistematik tapi tak berjaya.
  4. Kena banyak membaca. Preparation sebagai bakal guru sangat kurang.
Banyak sangat la azam. Tak termasuk lagi azam untuk personal life... Buat azam mudah. Tapi nak laksanakan azam tu... payah..godaan banyak.

ketiduran Selalu nak study tapi berakhir dengan tidur. Kalau nak study tu, jangan la angkut nota-nota naik katil. Bohong je. Study gak la... ada la dalam 10 minit. Pastu nota baca saya..

Lagi dekat ngan exam, lagi kuat tidur... Tension sebab banyak nak study, last2 tak payah study... eh... tak boleh...

Bila exam dah dekat...
Saya tak tension, siapa yang tension? Roomate jugak... Dia pelik apesal la roomate dia tak study. Dia struggle ngan buku, roomate dia yang sorang ni struggle ngan bantal peluk. Esok nak exam barulah orang tu melekat kat meja. Masa tu la...itu nak capai. Ini nak baca... adoyai... suka cari penyakit.

Tahun depan study awal2 ye... nanti takde la tension sangat... eleh, macam la selama ni awak tu tension.

2010 yang misteri. Setiap kali nak masuk sem baru, saya akan jadi berdebar.. Apa nak jadi sem ni? Cabaran apa sem ni?
Semoga semua dipermudahkan... jauhkanlah perkara-perkara yang menyakitkan hati...jauhkanlah perkara yang merosakkan hubungan...

Semoga saya lebih sabar
Semoga saya lebih matang
Semoga saya lebih baik
Semoga saya lebih bertolak ansur
Semoga saya lebih beruntung..

Makbulkan ya Allah, Tuhan yang amat baik pada saya walaupun saya sering melakukan kesilapan...

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas