Cerita tanpa tajuk

Baru je kejap tadi saya kelaparan.
Baru je saya nak panaskan minyak, nak goreng telur.
Tetiba mak cakap,
"Jomlah kita makan kat luar." Yeay!!! terus tutup api yang menyala kat dapur gas. Sori ye telur..esok atau lusa saya akan makan kamu. Itupun kalau mak saya tak masak yang best. Itupun kalau saya tak rajin nak memasak makanan yang best.

Saya pun membawa keluarga tercinta untuk makan malam di K.E Corner.
Eh, bukan tadi cakap tak sihat ke? Still tak sihat lagi tapi kelaparan berjaya mengatasi ketidaklaratan (wujud ke perkataan ni?)
Sebelum gi makan tadi singgah farmasi dulu untuk beli ubat selsema. Oh, it is not bird flu or H1N1.
Menyedihkan sekali. Saya telah berniat untuk makan secara banyak tapi nasik goreng tomyam yang saya makan tak rasa pape. Aik, tukang masak ni tak reti masak ke? Try nasik goreng ayam yang adik punya pulak.. Adik makan nampak best je. Tak rase pape gak.. Sudah.. confirm lidahku sudah tebal kerana tidak sihat. Makan ape pun rase tak sedap. Deria rasa sudah terjejas. Takpela..sementara je.

Pas makan terus makan ubat yang dah beli tadi dan mak ajak pusing-pusing Taman Tasik. Hai la omak... Anakmu ini pun membawa ibundanya bersiar-siar di taman larangan.
"Gelap je.." Ibunda bersuara.
"Malam...mestilah gelap." Anaknya merangkap drebar menjawab. (Kuat menjawab! Jadi anak derhaka nanti...adoyai..ada kena mengena ke?)

Sekarang betul-betul tingin nak makan Chocolate Indulgence..
Sedapnya...
Hidung sangat gatal, tekak sangat sakit.
Ada hati lagi tu berselera tinggi. Huh, sudah...
Maafkanlah manusia itu kerana dia di bawah pengaruh dadah yang dibenarkan (Ubat selsema).

Comments

Anonymous said…
waduh2...smakin aktif nampaknye.bile la i nk rjin tlis blog gak..skang tgh mood kmalasan..
mek,jgn mkn byk sgt..nti pwut buncittttt mcm ur bear2..

mrs.i~

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan