KMK dalam kenangan...


Kolej Matrikulasi Kedah

Tempat apakah ini???

  • Tempat ni la yang buatkan saya struggle study sebab pointer sem 1 sangatlah teruk.belajar
  • Saya jatuh cinta yang teramat sangat pada masjid tempat ni. Sanggup pas balik kelas pukul 4 duk dalam masjid sampai pukul 6.30 baru balik bilik. senangnya1
  • Dalam masjid tu, suka baring ngan best friend sambil tengok kubah masjid.. sangat menenangkan.
  • Pertama kali hidup sebagai budak asrama. Sebelum ni budak sekolah harian biasa je...
  • Makanan kat sini sangatlah murah. Banding ngan tempat belajar sekarang...dapat makan ape dengan seringgit? Kat KMK setiap malam akan cari makanan yang paling murah tapi mengenyangkan. (nasik putih + telur masak kicap = RM 1)...sungguh murah bukan??
  • Selalu tension sebab kelas mula hari Ahad...tapi hepi sebab kelas habis hari Khamis...
  • Setiap pagi akan terkejar-kejar pergi kelas sebab malas iron baju waktu malam. So, akan terlewat sebab pagi baru nak iron baju. Pastu jalan selaju boleh sampai terasa nak tanggal tulang kaki. Malu weyh kalau lambat masuk dewan kuliah!!
  • Sometimes akan terasa bosan yang teramat sangat untuk gi kelas. So, untuk menaikkan semangat, saya dan roomate akan saling meminjam baju. Konon-kononnya pakai baju baru la... semangat ckit...nasib baik sama saiz..huhu..
  • Kadang-kadang waktu petang ajak roomate gi gym... pastu bila balik makan ice-cream cornetto..tak pun, kitorang jalan-jalan keliling kolej. Cuci mata..Ops! Tengok pe ye...rahsia...
  • Tersangatlah suka tengok awan kat tempat ni.. sangat cantik. Menenangkan dan mendatangkan ilham.
  • Paling bosan bila ada perjumpaan kat dewan. Panas, bising dan ambil masa yang panjang. Kitorang dahla stadi time tu...semua masuk dewan bawa buku.
Tempat ni tersangatlah best. Harap-harap dapat gi KMK lagi. Kita gi KMK tau nanti...nak gi masjid dia..Kat sini jugak saya belajar berdikari dan betullah kata-kata "Sesiapa yang kuat usaha, dia akan berjaya." Rasanya saya kena bawak semangat study kat matrik tu untuk stadi sekarang...InsyaALLAH..

Comments

amalmeor said…
Murahnya mkanan.Masa zaman sekolah pun tak semurah tu.Betul orang cakap makanan kat Kedah murah.
wirdati said…
Betul..dulu satu sem seribu dah leh survive. Skarang.. adoi...satu sem 3 ribu pun nazak ag.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan