Gerbang Perkahwinan

Kisah bermula apabila kak cik dan dila datang umah...

Mereka datang Taiping nak pergi kenduri kahwin abang Hanim…

Alkisah…

"Kitorang tersilap tarikh..Kenduri kat umah anim bukan esok tapi lusa.." Dila pun cerita sambil wat muka kesian.. haha...ok..kesian la sangat. Takpe la..Dila ajak gi rumah anim gak esok sebab petang esok mereka nak balik Penang dah.. ada program. Sampai je umah anim kat Kg. Pak Darus, mak dan ayah anim ajak gi kenduri sebelah pengantin perempuan/ hantar pengantin lelaki (abang anim). First time dalam hidup saya gi hantar pengantin… Mak anim kata kami salah tarikh sebab nak dapat rezeki besar (dapat makan lauk pengantin)…



Di rumah Hanim…Tunggu family Hanim bersiap untuk hantar abang dia..(kitorang plak yang lebih2)

  1. Dah sampai kat umah pengantin perempuan…Cepat pilih nak yang mana…Sorry, ada satu je yang belum berpunya…huhu

  1. Ish..kak cik ni…orang nak amek gambar makanan…haha

  2. Kak cik dah lapar…lame sangat tunggu tadi ek..

  1. Saya dapat makan makanan raja sehari…huhu

  1. Gerbang perkahwinan…Kami dah lalu…(lalu je) haha..

  1. Kak cik, Dila n saya ada taste yang sama. Tema kita nanti hitam putih okeh..

  1. Kak cik dan Dila yang nakal…Dila rasmi tanjak yang pengantin lelaki nak pakai esok…

  1. Kami serbu bilik pengantin dengan tanpa was-was…Takpe, Hanim ada…haha

  1. Hanim diapit Kak Cik dan Dila… Tima kasih Hanim…

  1. Lain kali jemput lagi ye..

Okeh…baru ada gambar tuan punya blog…ahaha…tak sabar nak ada kenduri camni…
Tema hitam putih ye..


Singgah pet shop pas balik dari umah Hanim. Niat di hati nak beli wheel untuk new-buy hamster tapi stok dah abis. Sedih je.. Wheel yang satu tu tak cukup. Mereka berdua berebut nak berlari atas wheel tu. Tak reti nak amek turn betullah kamu ni… xpe2 nanti along belikan lagi satu wheel. Nasib baik kamu comel.Kak cik gi amek duit..pastu kami gi Masjid Kampung Jambu. Solat Zohor.. Depan masjid tu ada tulis 'Dilarang berjual beli di dalam kawasan masjid'. Takleh berniaga la maknanya.. Saya tanya kak cik, "Bukan dulu-dulu masjid ni pusat perniagaan ke?" Hm… itulah.. peranan masjid yang dah berubah…sayang kan..Pas solat saya bawa kak cik dan Dila pusing kedai tudung, Dila nak survey tudung. Last-last kak cik dan dila beli sorang sehelai baju kaftan. Dila kata dah lama dia cari baju tidur tangan panjang… Murah gak.Pastu gi isi minyak…dan balik..dah pukul 5.00 petang. Pukul 6 Dila dan Kak cik balik Penang…

Sekarang Taiping sangat panas. Saya dah selsema. Berpeluh-peluh. Kalau hujan sedap sikit cuacanya. Alhamdulillah semalam sejuk. Selesa sikit kak cik dan Dila tidur. Malam ni panas sebab tak hujan…Cepatlah hujan… nak tidur lena-lena. Untuk kak cik dan Dila…lain kali datang Taiping lagi ye..Kita gi mandi kat air terjun pulak.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas