Live worthily!!

Treacher Methodist Girls School
Live Worthily

Kali ni post pasal sekolah lagi...
Sebab dah nak masuk 5 tahun tinggal sekolah...
Pelik betul dengan sekolah saya. Masa saya ada kat sana tak mahu pun mencantik2kan dirinya..
Sekarang setelah kepergianku, bukan main lagi sekolah ini berhias..
Saya cemburu..


Galeri Sekolah in progress..
dulu kat sini pondok terbuka. Tempat saya dan kawan2 study.
Tempat tunggu parents datang.
Tunggu bas bernombor 7 datang.
Tempat lepak sambil bergosip liar.
Tempat meng'copy' homework.
Tempat mengawas students mengutip sampah.
Tempat bapak Suhaila berlawan dengan beruk...Ops..

FYI: Taiping Bandaraya Warisan ni, ngah membangun. Ini cerita 5 tahun lepas.
Disebabkan penerokaan habitat haiwan liar ni, beruk2 terpaksa berpindah.
Kawasan sekolah saya ni laluan mereka la..sebab tu banyak yang sesat.
Moral behind the story is, jagalah habitat hidupan liar.
Agar anak2 dara kat sekolah ni tak terjerit2 bila nampak makhluk kecil berbulu..(biasala..gurlz)
Agar bekal makanan kami tidak dipunggah lalu dimakan oleh makhluk kecil ini. (kuat betul deria bau mereka. Simpan dalam tupperware pun ley bau lagi)


Ini bangunan utama sebab ada office dan lobi.
Tempat perhimpunan..
Nampak tak tiang bendera tu
Dulu2 pas perhimpunan, bila nak turunkan balik bendera, tali suka tersangkut so, terpaksa cabut tiang (cabut? Bunyi mudah bagaikan mencabut rumput) dan tumbangkan untuk betulkan tali.
Dulu2 seingat saya selalu tumbangkan tiang ngan Manpreet and few more prefects..
Sape yang pernah tumbangkan tiang bendera ni? Angkat tangan!

Interesting facts yang saya masih ingat dulu2:
1. Cermin muka pada sinki dalam tandas semuanya dipecahkan dan dibuang. Punca: Pelajar kerap keluar gi tandas untuk betulkan tudung. Kami memang sangat sukakan cermin..
2. Cikgu lelaki adalah golongan minoriti..so, setiap kali ada cikgu lelaki + yang muda remaja masuk mengajar, ramai students yang akan mula pasang badan...
Sekarang ni dah ramai cikgu lelaki..Camne la environmentnya ye..
3. Sekolah saya sangat bersih... setiap pagi kena kutip sampah. Tapi saya tak kutip sebab saya jaga org yang kutip sampah..
4. Sekolah saya dah berusia 120 tahun.. hehe..
5. Sangat dekat dengan muzium dan penjara...so, bila ada berita banduan terlepas kami tersangatlah takut. Udahle sume pompuan.. Adoi.
6. Banyak lagi yang best..lain kali cerita lagi.


Sudah rindu pada sekolah menengahku..
Sudah rindu pada semua kawan2 sekolah...

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan