Penting ke ada hobi?

Saya ada masalah. Sejak awal tahun ni saya baru perasan... Saya tak ada hobi!
Betul ke saya tak ada hobi? Saya mula perasan apabila ex-roomate saya bagitau saya tension sebab saya tak ada hobi.
Saya dinasihatkan untuk mencari hobi supaya saya boleh hiburkan hati. Kenapa saya tak perasan??
Lepas tu baru saya sedar... saya selalu bosan, tension sebab saya tak ada hobi untuk luangkan masa.

Dulu saya suka watch tv...zaman sekolah...sampai abah kena sorok wayar plug supaya saya tak boleh on tv masa exam UPSR..time tu cerita bersiri cina 'Journey to the west'. Cerita yang orang cam monyet (Raja Monyet kot...), sape ntah nama watak dia.

Zaman sekolah menengah still suka watch tv, tapi ada minat baru... ske wat cerpen. Cerpen tentang persahabatan dan cinta. Nama watak ambil nama sendiri dan nama bestfriends, sue,miza,mas dan alia. Diaorang suruh saya tulis novel... hehe... Minat tu suddenly stop. Sekarang nak menulis balik jadi tak ketahuan.

Masuk matrik terus jadi tak minat watch tv. Setahun kat KMK, life hanya study, study n study....Tak sempat nak rasa boring.
Tapi saya ada minat baru... search articles dalam internet. Sanggup gi cyber kafe bawah blok B semata-mata nak cari artikel. Dulu saya tak ada lagi laptop...Satu fail tebal saya print dan simpan.

Masuk maktab saya tak tahu apa minat saya. Dulu minat baca novel tapi sekarang takut nak beli novel (jalan cerita hampir sama @ cerita x best.)
Buku ilmiah ada jugak beli. Tapi tak habis-habis baca. Buku terakhir yang saya beli Ashabul Ukhdud. Buku ni saya berjaya khatam sebab nipis je.

Ex-roomate bagi anak pokok (tanam gne baby crystal). Dia suruh jaga pokok tu. Supaya saya ada hobi agaknya. Tapi pokok tu dah tak membesar. Sama je saiz dan bilangan daun.... tak excited dah. Mungkin kena selalu bercakap dengan pokok tu. Kurang kasih sayang kot. Sebab tu merajuk tak nak tumbuh.

Saya harap saya jumpa hobi nanti. Dapat isi masa lapang dengan bermanfaat. Kalau hobi tu boleh datangkan duit pun bagus kan...

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas