Happy Birthday!!!
Hari ini hari paling bahagia...
sebab...
tak perlu buat kerja-kerja suri rumah. Tidak menyapu, mencuci, mengemas mahupun memasak...Sebab hari ini tidak ada di rumah...bahagianya...huhu...
Hari ini pulang ke kampung menyambut hari lahir. Jauhnya menyambut hari lahir! Dapat hadiah apa tahun ni ya...? Makin bertambah usia makin cepatla kahwin (gatal sungguh!) Makin tua la...ops!
Sudahla...teruskan...
Of course bukan hari lahir saya..
Hari Lahir Adik-Adik Sepupu
Kek muffin..sangat comel!
Manisan tradisi orang Banjar. Mak Njang cakap nama benda ni 'Wadei Kipeng' (tak tahula betul ke tak ejaan ni). Bentuk dia macam red blood cell kan? Sangat manis. Orang-orang yang sweet suka agaknya. huhu...tak bolah makan banyak sebab manis sangat tapi sedap.

Drive pulang ke rumah pukul 8 malam. Malam yang sibuk...back to work!!! Sekarang patut kena tidur sebab esok kena bangun pukul 4 pagi...
Susah rupanya nak cari duit. Sebab itulah abah dan mak selalu pesan,
"Belajar rajin-rajin. Diri sendiri juga yang senang nanti. Mak ngan abah kalau sempat boleh la tumpang senang."
Orang pandai kerja guna otak, fikiran, mental. Orang kurang pandai kerjanya dengan tenaga, fizikal dan tulang empat kerat. Walaupun bukan semua, tetapi ini pada pendapat saya.
Semakin lama nilai duit semakin rendah. Dahulu, semasa bersekolah saya mendapat duit poket RM1 sehari. Semasa mak dan abah bersekolah, duit poketnya amat sedikit berbanding sekarang. Betapa berbezanya nilai matawang dahulu dan sekarang. Dahulu, dapat 20 sen dah cukup gembira. Boleh beli macam-macam di kedai runcit. Sekarang??? (apa ni? Bercakap macam orang veteran!) Tetapi itulah hakikatnya. Duit bukan senang dicari. Menghabiskan duit sangatlah senang. Hanya orang-orang yang rasa bagaimana susahnya mencari duit akan menghargai nilai duit.
Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Semoga saya sentiasa bersyukur dan tidak selalu membandingkan diri dengan orang-orang yang lebih senang dalam hal kewangan dan lebih serba-serbi dalam aspek material. Sesungguhnya cemburu akan kesenangan orang lain bermakna saya cemburu akan rezeki yang Allah kurniakan padanya. Sifat ini tidak elok dibiarkan di dalam hati.
Sukarnya mendidik hati. Terutamanya hati wanita yang saya miliki ini.

Comments
nak makan...
cik wirdati ni cantikla