Semakin bosan, semakin banyak post...

Pagi tadi saya buat breakfast untuk family...



Dah tu nape hidang dalam polisterin??

Ni bekal untuk mak dan adik. Mereka pergi Grik pagi tadi...lusa baru balik. Sedih je pas masak ni... adik komen,

"Mak masak lagi sedap..." memang la...ape punya adik. Mak dah masak berpuluh tahun. Sabarlah... I'm still learning, ok!

Ala...xletak garam je... lagipun sos takde..Dah la ni first time goreng koey teow tanpa pantauan oleh mak. Selalu mak tukang rasa dan tambah-tambah.

Tapi mak cakap...

"Ok, sedap lagi daripada kedai punya." Tengok! Mak I puji taw. Mak masak memang lebih sedap daripada beli kat kedai.

Saya jawab,

"Kurang masin tu tandanya along belum nak kahwin lagi.." Eleh kutuk-kutuk pun angah tambah 2 kali.

Pukul 5 petang tadi suruh angah beli roti canai tapi dia sibuk melayan my space sampai pukul 8 malam. Dengan merajuknya, saya pun masuk dapur dan buat cucur bawang (cekodok). Bancuh tepung ngan telur, jadi lembik... cair sangat sampai takleh jemput. Adoi... Susah pe. Tambah je la tepung. Rasa cam dah ok...

Pas goreng jadi agak keras.. sah terlebih tepung! Adoyai... takpe2 cuba lagi lain kali. Praktis make perfect. Dah lama sangat tak masak cekodok. Cam biasa la... pengkritik tetap ada...

"Along, cekodok kau cam pelik je. Keras." Ala..bukannya keras cam batu pun.
"Aa'h..keras sikit sebab terlebih tepung." Eleh..komen-komen pun makan jugak. Nak jage hati saya kot... haha...kalau tak nanti merajuk terus taknak masak untuk dia. Masak untuk diri sendiri je.

Paling best atuk saya. Tak pernah langsung komen makanan. Dia akan cakap "Sedap..kalau masin sikit ok lagi." Puji... dan bagi cadangan penambahbaikkan. Saya pernah terbaca kalau makanan tu tak sedap, tinggalkan dan jangan cerca makanan tu. Sebab tu rezeki dari Allah. Mungkin tak sesuai dengan selera kita tapi mungkin ada orang yang suka.

Pasal masak ni.. tak semua perempuan tahu masak dan tak semua perempuan yang boleh masak dengan sedap. Zaman sekarang ni mana ada perempuan yang sejak umur 9 tahun dah diajar masuk dapur dan masak berbagai-bagai jenis hidangan. Masa hidup seorang takde la masalah tapi bila berkeluarga nanti. Tambah-tambah dapat suami cerewet. Nak masakan sama rasa ngan masakan mak dia. Jenuh la... setiap orang dibesarkan dengan cara yang berbeza.

Kesian gak bila dengar ada suami yang balik rumah mak untuk makan tengahari padahal isteri penat-penat masak kat rumah sendiri. Puncanya, isteri masak tak sama rasa dengan mak sendiri masak. Bagi la masa, sokongan, motivasi untuk isteri tu... tak mustahil nanti lepas belajar dengan ibu mertua si isteri dapat puaskan tekak suaminya.

Perempuan ni akan bersemangat untuk buat yang terbaik untuk orang tersayang tambah-tambah bila orang tersayang bagi motivasi. Tak rugi pun bila sesekali memuji. Bertambah-tambah untung ada la...

Kawan2..jom memasak!


Comments

amalmeor said…
perempuan sekarang bangga bila x tahu masak.pelik kan?nnt dah kawen mesti susah.suami & anak2 msty nk masakan air tgn kita.
wirdati said…
Sebab tu ada segelintir perempuan cari future husband yang kaya...leh dapat maid n jd mem besar...air tangan ni mengikat hati org tersayang, so tak rugi belajar memasak. Untuk kebaikan masa depan.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas