Saya dah mula sayang...

Apabila hati mula sayang...

Setiap masa terbayang-bayang. Buat kerja apa pun asyik teringat je... Nasib baik mandi masih basah, tidur masih lena (siap termimpi2) dan makan masih kenyang (bertambah-tambah lagi)..

Apabila hati dah sayang...

Tak dapat jumpa di alam nyata, dapat jumpa yang 2 dimensi pun jadila...(gambar le tu..)
Bukan setakat dalam handset (siap buat wallpaper), dalam laptop pun penuh gambarnya (wallpaper again)..

Pergi mana pun asyik ingat je kan... Nak beli macam-macam untuk 'si dia'..yang penting 'dia' gembira.. Bila 'dia' gembira, saya pun gembira jugak.

Sehari kalau tak berkomunikasi rasa rindu sesangat...
Bila dah jumpa, sejam menghadap 'si dia' pun tak terasa masa berjalan...
Bila ada masalah, tengok gelagat 'si dia' pun rasa terhibur.

Sudahla...
Cukup-cukup tu..
Nanti ngalahkan orang yang gila bayang pulak.






Si Mok dan Si Mot...aktif pada waktu malam. Orang tido, mereka bermain. Waktu siang, orang nak main mereka, mereka bergumpal tidur.



Aksi bila tak dapat wheel.. Nanti along belikan lagi satu ye..Tak payah kongsi dah. Lari sorang satu...Kesian, aktif sangat sampai tak tahu nak buat ape...



Tengok...berebut-rebut. Puas dah pesan take turn...degil! Masing-masing nak berlari. Dah la dua-dua gemuk...mana muat...
Lastly, sekor ke kiri, sekor ke kanan. Wheel pun tak bergerak.



Bila dah kuasai wheel.. berlari tak ingat letih.
Sekor lagi akan meletihkan diri dengan tawaf umah.


Seronok rupanya bela makhluk ni...sangat comel. Duduk sejam menghadap mereka pun tak rasa bosan. Tambah-tambah bila nampak mereka minum air guna tiub dan tangan yang kecik tu pegang makanan. Nampak macam baby. Cute sangat..

Mak kata better lagi jaga hamster compare to cat. Najis hamster ni macam najis cicak tapi kering. Takla geli sangat. Tapi mereka ni buang najis di merata-rata tempat. Kucing pula akan pilih satu tempat yang dia biasa.

Ok..sudah pukul 1 pagi tapi masih sibuk berlari dengan wheel...

Sambung balik... bila dah sayang..(entri camni pun ada...ape punya org la)

Setiap masa pun nak bercerita tentang yang tersayang. Even orang bosan nak dengar, kita tak pernah bosan nak cerita...

p/s: Saya bercakap tentang 'kamu'...ya...'kamu'!

Semoga kita tidak pernah lupa untuk mencintai Allah sebelum mencintai makhluknya kerana hati kita dalam genggamanNya.. dengan kasih-sayang dari-Nya lah kita mampu untuk berkasih sayang sesama makhluk-Nya. Terima kasih Allah yang sangat penyayang...Alhamdulillahsenangnya1

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan