Dah besar da rupanya...


Cepat betul masa berlalu..

Dulu masa budak-budak, saya selalu geram ngan angah sebab asyik mengekor je. Nak gi main ngan kawan pun susah. Mesti dia nak ikut. Kalau main ngan kawan-kawan bawak adik, tak rock la... haha.

Ada satu hari saya main ngan kawan-kawan, angah ikut. Kami dua beradik je masa tu. Terpaksa bawak sebab abah suruh. Saya pun singgah rumah jiran tingkat atas (dulu tinggal kat flat) sebab jiran tu ada baby. Angah sangat suka tengok baby. Masa tu umur dia 5 tahun. Saya pesan, tengok baby tau, along nak gi main jap. Lama gak saya main pastu bila penat saya balik rumah minum air. Abah tanya, adik mana? Short term memory saya rupa-rupanya sejak kecik dah ada.. adoi..jangan sok saya lupa ada laki sudah la.

Abah marah sebab saya tak ingat adik kat mana. Abah cakap, kan tadi gi main sama-sama. Sumpah tak ingat. Abah suruh gi cari adik sampai jumpa. Adik sorang pun takleh jaga. Tak sayang adik ke? Kalau adik hilang? Pastu abah keluar naik motor gi tengok taman permainan yang berdekatan. Takut adik merayap sampai situ. Saya cari dari tingkat satu sampai tingkat tiga. Saya tengok dalam stor, belakang flat, flat belakang tapi tak jumpa. Pastu saya balik. Abah marah sangat-sangat sebab tak jumpa adik. Dah nangis-nangis kena marah abah tanya, tingkat empat dah tengok? Yela..tak tengok lagi.. Abah suruh tengok tingkat atas (rumah saya kat tingkat 3, flat ada 4 tingkat). Nampak je adik duduk depan pintu rumah jiran tu, saya baru teringat tadi saya tinggal dia kat situ. Biasa la budak-budak, saya marah dia sebab saya cari dia tapi tak jumpa. Haha..dia pulak gelak-gelak sebab seronok main ngan baby. Dia tak tahu teruk saya kena marah ngan abah. Padan muka saya!!gyahahaha

Ok, cukuplah satu cerita panjang pasal my beloved sister ni.. Beberapa nota kaki tentang subjek kita pada post kali ni ialah:-)

- Adik saya baru habis SPM...(ok, tinggal lagi sorang yang belum amek UPSR, PMR mahupun SPM).
- Adik saya dah dapat kerja.. basic RM900. Ok, the truth is I really feel guilty coz I did'nt work after SPM. (kamu lebih berdikari)
- Saya harap dia dapat sambung belajar sama tempat ngan saya. (ok, ini demi kepentingan sendiri semata-mata)
- She is my best friend! Tak kira dalam situasi apa pun, dia selalu ada. Tak payah cakap banyak, bila dia dengar ke suara saya, dia tahu apa mood saya... (hebatkan my sis)
- Dia baru lepas makan rendang ayam yang basi...(saya lupa buang. Hopefully dia tak sakit perut.)
- Dia lebih matang dari saya. Lebih sweet and lebih peramah.
- Buat encik tersebut, adik saya boleh dapat yg lebih baik dari kamu, okay!!!

p/s: i love u

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas