Lockdown

Semalam dalam National Geographic cerita tentang prison and their inmates di beberapa penjara di luar negara (Amerika kalau tak silap). Campur dokumentari semalam, saya sudah menonton 3 dokumentari berkenaan Lockdown.

a) Banduan wanita.
b) Banduan lelaki.
c) Banduan kesalahan berat. (malam tadi)

Pandangan saya selepas menonton dokumentari tersebut,

1. Penjara yang ditunjukkan tersangatlah luas dan terletak di kawasan terpencil (sebab saya tak nampak pun ada kawasan perumahan atau bandar berhampiran dengan penjara tu.)

2. Sel ataupun bilik bagi setiap banduan sangat bersih. Mungkin mereka takde sampah pun nak dibuat. Dalam sel yang ditunjukkan terdapat katil, meja, sinki, tandas dan rak. Semuanya konkrit dan logam. Setiap banduan dapat satu sel seorang. Maknanya dapat bilik sendiri la.

3. Secara kasarnya, jadual setiap banduan ialah duduk dalam sel, makan dan balik semula dalam sel. Hanya banduan yang berkelakuan baik dan mendapat keistimewaan sahaja boleh keluar bersiar-siar selama satu jam (dengan pengawasan dan tidak bercampur dengan banduan lain). Banduan yang dapat keistimewaan bersiar-siar ni dilepaskan masuk ke dalam satu kawasan berpagar. Mereka boleh jogging, bersenam dan berjalan-jalan dalam kawasan tersebut. Kawasan tu pun takla luas sangat. Kesian jugak bila tengok diorang. 'Bersiar' dalam kawasan berpagar penuh. Tanpa view yang cantik. Kelebihannya mereka dapat lihat matahari dan dapat udara segar.

4. Banduan-banduan kat sana berhati kering. Tak ada belas kasihan sebab bila-bila masa je mereka boleh naik angin dan tumbuk mana-mana banduan yang diorang aim. Kadang-kadang pegawai yang bertugas pun jadi mangsa.

5. Macam yang kita tahu, jika banduan berkelakuan baik, mereka boleh buat rayuan untuk keluar awal tapi bagi banduan yang dipenjara sepanjang hayat, mereka perlu berkelakuan baik bagi mendapat keistimewaan di penjara. Ada seorang banduan ni dah dipenjara sejak berumur 22 tahun sebab membunuh. Sekarang baru 10 tahun dia jalani hukuman. Antara ayat dari banduan tu yang saya ingat, "Kalau saya dilahirkan untuk menjalani hidup macam ni, baik saya tidak dilahirkan langsung."
Bayangkan, nak taknak dia kena hidup di penjara tu sampai dia mati sebagai hukuman.

6. Kesian memang kesian tengok diorang. Tapi bila di luar penjara, mereka berubah jadi orang yang sangat kejam. Selalunya, lepas tempoh 3 ke 4 tahun, banduan-banduan ni akan jadi semakin gila. Tambah-tambah mereka yang kena tahanan dalam penjara sebab menimbulkan masalah. Diorang akan ditempatkan dalam sel khas tanpa tingkap, kedap bunyi. Aktiviti yang selalu diorang buat ialah bersenam. Pumping sampai letih dan berfikir kesalahan yang diorang dah lakukan.

7. Bukan semua banduan kat sini nampak brutal. Ada jugak yang nampak cam bodoh-bodoh, nampak normal. Soft spoken tapi diorang ni pernah membunuh, dan kebanyakannya merogol. Saya berpendapat mereka ni tidak tahu menghargai nyawa manusia dan dalam hati mereka tidak ada kasih-sayang.

Rasa cam rugi je bila umur yang muda dihabiskan di penjara. Sedangkan terlalu banyak perkara di luar sana untuk diteroka. Penjara dalam dokumentari ni semuanya dihuni non-muslim so... takde la pembangunan rohani. If inmates tu Muslim, masa menjalani hukuman ni bolehlah digunakan untuk beribadat. Bila difikirkan balik, mungkin sebab mereka tak tahu tujuan mereka diciptakan jadi hidup mereka jadi macam tu.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat padaKU" (Adz-Dzariat:56)
Kita hidup di dunia ni bukan sia-sia. Dalam jutaan sperma, satu sperma yang paling kuat bercantum dengan ovum dan dalam proses itu, ditiupkan roh dan akhirnya lahirlah kita. Kenapa kita dilahirkan? Allah pilih kita untuk mengabdikan diri padaNYA. Hidup akan jadi sia-sia bila kita hidup dengan matlamat yang salah.


Comments

Anonymous said…
seumur hidup ke sapanjang hayat....beza taw hukuman seumur hidup n sepanjang hayat
wirdati said…
Thanks 4 the info. Correction have been made. Arigato.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan