Ulangtahun Perkahwinan / Anniversary...


Mas Azalea, Amalina, Saya dan Suhaila

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat ayahanda dan bonda sahabatku, Amalina Meor Mohd Aris...

Terima kasih sebab jemput kami datang lunch di rumah kamu. Nasi yang kamu tanak (alangkah skemanya ayatku...) sangat sedap..

Kronologi peritiwa hari ini:

- Pagi-pagi konfemkan ngan Suhaila jadi pergi rumah Amalina hari ni.
- Suddenly get an idea! Apa kata kita terjah umah Mas pulak hari ni...haha.. Nasib kamu la..
- Suhaila sampai ke rumah saya. Menaiki si putihku terus ke tesco. Nak beli buah tangan untuk Amalina. Actually nak bayar bil astro.. tapi pejabat pos tutup. Suhaila kata maybe sebab sembahyang Jumaat.. Pelik la.. Ramai je orang lelaki kat tesco ni padahal masa tu dah pukul 1. Dalam tesco ni mana ada masjid.. Ok, kami terlupa sebentar..hari ini cuti umum sempena Krismas. Patutlah pejabat pos tutup *sigh*.
- Pura2 pandai dengan hanya meminta alamat rumah Mas. Padahal tak tahu pun kat mana taman tu. Perjalanan yang sepatutnya 10 minit sudah jadi 45minit. Malu bertanya sesat jalan. Betul la. Tapi saya bukan malu bertanya. Saya mahu tunjuk pandai. Sebab itulah at the end kami tanya jugak camne nak masuk taman ke rumah Mas..haih..aksi menunjukkan kepandaian tidak berjaya.
- Menjemput Mas ke rumah Amalina..atau dengan perkataan yang tepat, memaksa mas mengikut kami..haha. Sempat cakap pada mak mas, "Mak cik, saya pinjam anak mak cik sekejap ye..nanti saya hantar pulang." Baik tak saya..

- Bertolak ke rumah Amalina. Hujan tersangatlah lebat. Agak janggal bila mula-mula bertemu semula dengan sahabat lama.. Malu-malu, segan..haih..macam-macam perasaan. Tapi saya cuba berkelakuan seperti dulu-dulu. I'm still the same person.
- Amalina sangat terkejut apabila kami membawa Mas ke rumahnya.. Ini pun buah tangan juga dari saya.. Buah tangan untuk diri sendiri dan kawan-kawan (saat bertemu semula setelah sekian lama).
- Sorang2 nama kawan2 kami sebut bagi mengetahui perkembanga terbaru mereka. Tak lupa juga cerita semula kenangan lama. Kisah junior kat sekolah yang kami anggap 'kurang sihat' sebab pernah duduk atas tembok tingkat dua sambil mintak pizza (mati2 ingatkan dia nak terjun). Suhaila kata mungkin dia autisme.. betul gak, saya pun pernah belajar kepelbagaian murid ni. Kanak-kanak autisme ada dunia mereka sendiri. Mungkin junior tu terasa seperti bersantai atas batu di tepi laut. Sebab tu dia mintak pizza dari atas tembok tingkat dua.
- Cerita tentang Mr. Goh yang ajar matematik 10 minit dan masa selebihnya dia tinggalkan kami dengan latihan, dia duduk di pusat sumber mengadap komputernya. Mr. Goh dengan falsafah2 ciptaannya. Cerita terbaru Mr. Goh.. kesian, simpati tapi turut melucukan.
- Cerita tentang Encik Badrul, guru sejarah tingkatan 4 kami yang beri satu latihan sejarah pada awal tahun dan buku latihan tu hanya kami terima pada awal tahun hadapan semasa tingkatan 5. Satu latihan dalam satu buku dan tempoh menandanya, satu tahun. Lucu sangat.
- Banyak sangat cerita tapi kami terpaksa stop sebab dah lewat sangat. Lagipun Amalina ada hal di rumah neneknya.
- Tak mahu lepaskan Mas lagi, Suhaila ajak ke Tesco, kami solat Asar dan makan KFC di situ. Ok, makan secara mewah hari ini...Sayangnya hari ni tak cukup korum. Alia dan Miza dah balik U..Sepatutnya ada 5 orang..baru cukup.
- Pas makan saya menghantar dua orang puteri kesayangan ini ke istana mereka.. Sepatutnya I pandu kereta kuda kan.. haha kuda putih.
- Rasa takut pulak nak drive ikut jalan belakang. Padahal dari rumah suhaila kalau ikut jalan belakang sekejap je sampai taman rumah saya. Gelap-gelap ni takut orang tahan. Orang baik takpe, kalau orang jahat? Kalau bukan orang? ziiing

Ok, better ikut jalan besar. Biar jauh asal selamat (psikologi semata2..sebenarnya semua di tangan Dia)..
- Sangat letih tapi sangat happy.. Patutla seminggu lepas mata saya berdenyut2 tiba2.. Rupa2nya nak jumpa orang yang lama tak jumpa.

Jutaan terima kasih buat:
1. Amalina untuk makan tengahari yang sangat sedap.
2. Mas sebab sudi keluar bersama2 saya.
3. Suhaila sebab sudi temankan saya merealisasikan hajat di hati.
4. Diri sendiri for everything... takpe penat ckit taw sayang asalkan dapat jumpa kawan2 lama.

Hopefully next holiday dapat jumpa rakan2 sekolah yang lain. Senyap tak bermakna tak ingat dan tak sayang.

Comments

amalmeor said…
oh,sgt2 tharu sbb u all sudi menziarah teratak saya.wah,bleh pi mkn kfc lg pas lunch kt umah i?dahsyat ni.
wirdati said…
uit..tu la u xdpt ikot...huhu. next time u blanje i makan kfc k.. haha
miza said…
wah..best2..hehehe
wirdati said…
Takpe miza..laen kali kita gi sesame plak k..

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan